PDRM tidak lanjut diskaun saman 80% - Utusan Malaysia

PDRM tidak lanjut diskaun saman 80%

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak melanjutkan tempoh tawaran pengurangan kadar kompaun saman trafik sehingga 80 peratus yang berakhir, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, buat masa ini tiada keperluan untuk pihaknya berbuat demikian memandangkan kebanyakan saman tertunggak sudah dilunaskan oleh orang ramai.

“Saya percaya kebanyakan dan hampir kesemua saman sudah diselesaikan oleh mereka yang ada saman tertunggak

“Saya nampak macam tidak ada keperluan lagi (untuk dilanjutkan),” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Kampung Jongok Batu di sini hari ini.

Sebelum ini, PDRM melanjutkan tempoh tawaran diskaun saman itu sehingga 31 Disember 2021 sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya