Pasukan petugas ditubuh pantau isu tanah rizab Melayu - Utusan Malaysia

Pasukan petugas ditubuh pantau isu tanah rizab Melayu

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Satu pasukan petugas yang akan membuat pemantauan dalam isu kepentingan tanah rizab Melayu akan ditubuhkan di setiap negeri.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, pasukan petugas yang dikenali sebagai Jaringan Bertindak Tanah Melayu itu akan membawa semua isu melibatkan tanah berkepentingan Melayu di negeri masing-masing untuk dibawa ke peringkat sekretariat Mapim.

Jelas beliau, kesemua maklumat tersebut kemudian akan diketengahkan ke peringkat atas iaitu kerajaan supaya segala isu berkaitan tanah orang Melayu termasuk berkenaan tanah rizab Melayu yang semakin kecil untuk diselesaikan dengan baik.

“Kami berasakan sudah sampai masanya untuk kita bergerak daripada bawah ke atas, buka dari atas ke bawah lagi, kerana isu tanah ini cukup banyak dan berlaku yang berlaku di negeri-negeri.

“Ada saja kes termasuk ke peringkat mahkamah, ternyata tanah orang Melayu semakin mengecut, sama ada tanah rizab melayu mahupun tanah freehold milik Melayu, ia semakin kurang. Saya rasa apa yang kami mahu buat, kita mesti adakan apa yang kita panggil, pemantauan dari bawah dari setiap negeri.

“Kami tidak mahu nanti makin lama, makin banyak (tanah) yang hilang dan diambil, pasukan ini akan bertindak dari bawah ke atas kerana kami tidak mahu kerajaan duduk di atas buat keputusan tetapi tidak tengok realiti di bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Diskusi Isu Tanah Melayu di Dewan Seminar Seremban di sini hari ini.

Mohd. Azmi berkata, sebelum di Negeri Sembilan, program diskusi tersebut telah diadakan di beberapa buah negeri seperti Perlis, Kedah, Perak dan Selangor yang pada masa yang sama turut menubuhkan Jaringan Bertindak Tanah Melayu di negeri terbabit.

Tambah beliau, program tersebut seterusnya akan diadakan di Melaka diikuti Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

“Asas kepada program ini ialah kerana kami ingin menyatakan keprihatinan yang mendalam terhadap isu tanah milik Melayu ini kerana ia akan menjadi isu yang sangat memberi kesan bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi kestabilan negara sebab kalau tidak ditangani dengan baik, ia akan menjejaskan keharmonian.

“Saya fikir, kami juga tidak mahu isu tanah ini dilihat sebagai isu politik, kita mahu ia menjadi satu isu rakyat terutama dalam kalangan orang Melayu jadi mana-mana pihak tidak harus memandang ia sebagai isu yang ada kepentingan politik,” katanya lagi.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya