Mati lemas ketika cuba lepaskan tambatan lembu - Utusan Malaysia

Mati lemas ketika cuba lepaskan tambatan lembu

Jenazah Rosli Roslan yang meninggal dunia selepas tergelincir ke dalam air banjir dalam kejadian di Felda Sungai Kelamah, Tampin pagi tadi.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang warga emas mati lemas selepas  tergelincir dan rebah  dalam banjir ketika meleraikan tali ikatan  lembu di kebunnya di Felda Sungai Kelamah di sini pagi ini.

Isteri mangsa, Hashimah Ali, 62, berkata, ketika kejadian pukul 7.30 pagi, mereka sekeluarga terkejut apabila air naik lebih satu meter di kawasan kebun getah menyebabkan lembu yang ditambat di kawasan berkenaan hampir tenggelam.

Menurutnya, arwah suaminya, Rosli Roslan, 65, cuba membuka tambatan lembu namun tergelincir dan rebah ke dalam air.

“Saya menariknya  ke tebing dan  semasa digerak-gerakkan suami tidak beri respon menyebabkan saya menghubungi rakan sekampung bagi meminta bantuan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Tampin,di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Hashimah berkata, ketika polis tiba dan memeriksa suaminya, suaminya sudah meninggal dunia.

Ceritanya, sepanjang dua tahun menetap di situ, tidak pernah berlaku  banjir seburuk itu.

“Saya reda dengan kejadian ini dan berdoa Allah permudahkanlah semua urusan arwah suami saya,” katanya.

Menurutnya, arwah suaminya itu akan dikebumikan di Kampung Sungai Dua, Gemencheh selepas selesai urusan di Hospital Tampin.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tampin bagi proses siasat.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya