Mat rempit ditahan buat aksi wheelie, superman - Utusan Malaysia

Mat rempit ditahan buat aksi wheelie, superman

ANTARA penunggang dan pembonceng yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan di sekitar Kuala Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Lima lelaki ditahan kerana menunggang motosikal secara berbahaya sambil melakukan aksi ‘wheelie’ dan ‘superman’ dalam Op Samseng Jalanan di sekitar daerah ini, semalam. 

Ketua polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, kesemua mereka yang berusia antara 15 hingga 21 tahun itu ditahan dalam dua tangkapan berasingan pada pukul 2 pagi dan 5 petang. 

“Tiga daripadanya yang masing-masing berumur 21 tahun ditahan dalam operasi pertama di sekitar jalan pintasan Pulau Sekati-Manir kerana melakukan aksi wheelie dan meniarap atau superman. 

“Manakala, dua lagi remaja berusia 15 dan 16 tahun ditahan dalam operasi kedua di jalan pintasan Kampung Tok Adis-Durian Burung kerana melakukan aksi sama,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Rohaimi berkata, kelima-lima mereka disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sementara itu, katanya, seramai 45 penunggang dan pembonceng bersama 33 motosikal dibawa balik ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) untuk siasatan lanjut. 

Katanya, dalam keseluruhan operasi itu, sebanyak 93 saman dikeluarkan, selain menyita 36 motosikal. 

“Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang menjadikan jalan raya sebagai tempat melakukan aksi-aksi liar hingga membahayakan nyawa sendiri dengan pengguna lain. 

“Oleh itu, ibu bapa diminta sentiasa mengawal aktiviti luar rumah anak-anak  dan tidak membenarkan mereka menggunakan kenderaan tanpa mempunyai lesen memandu yang sah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya