Maritim Malaysia siasat kapal `hantu’  hanyut - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia siasat kapal `hantu’  hanyut

SELEPAS lebih 40 jam ditunda, kapal hantu, Winposh Rampart tiba di Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB) di Kemaman hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) masih menyiasat punca kapal pesisir pantai milik syarikat Indonesia, Winposh Rampart hanyut ke perairan Terengganu, Isnin lalu.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Zubil Mat Som berkata, siasatan lanjut itu bagi menentukan jika wujud unsur kecuaian hingga mengundang bahaya kepada keselamatan pelantar-pelantar di perairan negara. 

“Sekiranya tiada pelanggaran dari segi undang-undang, Winposh Rampart akan diserahkan semula kepada pemilik setelah semua langkah-langkah keselamatan dipatuhi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tindakan pantas Pasukan Tindakan Khas (PTK) Maritim Malaysia dengan kerjasama Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berjaya menyelamatkan pelantar minyak Telok A milik Petronas daripada meletup dilanggar kapal `hantu’ itu.

Kapal Winposh Rampart sepanjang 72 meter dan seberat 2,588 tan itu dikatakan hanyut selepas terputus tali tunda ketika di perairan Vietnam, kira-kira 120 batu nautika dari Kuala Terengganu pada pukul 3.15 petang.

Kapal tanpa kru itu ditunda oleh kapal Limin Rosmina milik syarikat perkapalan sama menuju ke Yang Pu, China dari Matak, Indonesia.

Mohd. Zubil berkata, Winposh Rampart yang ditunda kapal Icon Lotus milik Icon Offshore Berhad tiba di Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB) di Kemaman pada pukul 2 pagi ini selepas perjalanan lebih 40 jam.

Beliau turut berterima kasih kepada Petronas atas kerjasama dan tindakan proaktif menjayakan misi itu demi keselamatan aset-aset di samping kesejahteraan perairan negara. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya