Kurang 0.08 peratus masalah berkaitan e-Bracelet Covid-19 - Utusan Malaysia

Kurang 0.08 peratus masalah berkaitan e-Bracelet Covid-19

Azad Jasmin adalah artis yang merungut berhubung peranti pengesan digital yang didakwa berkualiti rendah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: QuickMed memberi jaminan kepada orang ramai bahawa bantuan penyelesaian segera akan dilaksanakan sekiranya e-Bracelet RFID (e-Bracelet) Covid-19 yang dipakai mengalami masalah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan syarikat itu, penyelesaian penjagaan kesihatan digital Edgenta NXT Sdn. Bhd., adalah anak syarikat UEM Edgenta Bhd. memaklumkan sejak Sistem Pengurusan Kuarantin Rumah (HQMS) ini digunakan bermula 8 Disember tahun lalu, hanya 25 insiden memerlukan bantuan lanjut iaitu kurang 0.08 peratus yang mana pembetulan segera dilaksanakan pasukan teknikal mereka.

Katanya, pasukan operasi mereka bersedia membantu sekiranya isu ini berulang lagi seperti mana kejadian baru-baru ini melibatkan peranti seorang individu tertanggal dalam tempoh 24 jam pemasangannya.

“Insiden ini amat kami kesali dan untuk menyelesaikan isu tersebut dengan segera, kami menghantar dua juruteknik ke alamat kuarantin individu terlibat. 

“Sukacita kami maklumkan bahawa e-Bracelet yang terjejas itu kini beroperasi semula seperti biasa,” katanya hari ini. 

Kenyataan itu menyebut, pengembara warga tempatan dan warga asing yang tiba di Malaysia dari negara berisiko tinggi dan diberikan kelulusan menjalani kuarantin di rumah diarah memakai e-Bracelet sepanjang tempoh tujuh hari. 

Katanya, pemakai akan dipantau melalui HQMS untuk membantu usaha pemulihan negara dalam membendung penularan varian Covid-19 baharu.

“Sistem HQMS dilengkapi dengan teknologi Sistem Pengesanan Global (GPS) untuk pemantauan secara real-time ke atas individu yang menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian kuarantin di rumah seperti yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM). 

“Sistem tersebut terdiri daripada Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) e-Bracelet dan Covert Tracking Unit yang akan mencetuskan amaran dan memaklumkan pihak berkuasa tentang sebarang pelanggaran perintah kuarantin,” katanya. 

Tambahnya, seperti yang dinyatakan dalam Soalan Lazim HQMS, pengguna yang dilengkapi dengan e-Bracelet boleh menghubungi 03-3000 8856 atau e-mel [email protected] sekiranya mereka menghadapi sebarang masalah.

Semalam, pelakon yang dikenali sebagai Azad Jasmin melahirkan kekesalan apabila e-Braceletnya tercabut malah menganggap alat terbabit tidak berkualiti kerana boleh mengundang masalah sekiranya terdapat pihak yang memakainya bersikap sambil lewa. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya