Kerajaan UAE bantu mangsa Banjir di Shah Alam - Utusan Malaysia

Kerajaan UAE bantu mangsa Banjir di Shah Alam

ZAMANI Ahmad Mansor (empat dari kanan) dan wakil Emirates Red Crescent, Mohd. Salim Al Junaidi (empat dari kiri) bergambar bersama pada program sumbangan untuk mangsa banjir oleh Kerajaan UAE di Wisma MBSA di Shah Alam, Selangor, hari ini. - ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) melalui Emirates Red Crescent menyampaikan sumbangan 10,000 unit barangan untuk mangsa-mangsa banjir.

Menurut Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor, sumbangan tersebut adalah terdiri daripada barangan makanan kering.

“Antara barangan makanan kering yang diberikan adalah beras, minyak, tepung gandum, susu tepung, garam, gula, biskut dan sebagainya,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Mangsa Banjir Oleh Emirates Red Crescent kepada pihaknya di Wisma MBSA hari ini.

Yang hadir sama wakil Emirates Red Crescent, Mohd.Salim Al Junaidi ,Pengerusi Yayasan Raja Muda Selangor, Tan Sri Arshad Alhaj Raja Tun Uda.

Zamani menambah, pihak penyumbang turut menyumbang kit pembersihan untuk mangsa banjir.

“Antara kit pembersihan tersebut adalah ubat dan berus gigi, cecair pencuci tangan dan tuala wanita yang akan terus disampaikan kepada penduduk di Taman Sri Muda hari ini,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya