Kapal tangki berlabuh secara haram ditahan - Utusan Malaysia

Kapal tangki berlabuh secara haram ditahan

KAPAL tangki dari Republik Korea ditahan kerana berlabuh secara haram di perairan negara dekat Pulau Jarak, Lumut, Perak, kelmarin. - UTUSAN/IHSAN MARITIM MALAYSIA PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Perak menahan sebuah kapal tangki yang berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan 30.7 batu nautika tenggara Pulau Jarak tengah hari kelmarin.

Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, kapal tangki gas asli cecair (LNG) HL SUR sepanjang 371.25 meter yang berdaftar di Republik Korea itu dipercayai melakukan kesalahan berlabuh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Kapal tersebut dalam perjalanan menuju Oman dengan dikendalikan 30 kru termasuk nakhoda warga Korea berumur lingkungan 25 hingga 48 tahun dan telah dikesan berlabuh secara haram melalui cerapan radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Lumut, Perak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shahrizan, kapal tersebut telah ditahan di bawah Seksyen 491B(1)(I) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952  yang sabit kesalahan didenda  maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Jelasnya, kesemua kru bersama kapal ditahan di ‘titik tenggara’ (South East Point) (SEP) Pulau Pangkor bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya