Jangan zalimi rakyat dengan desak adakan PRN - Amanah Johor - Utusan Malaysia

Jangan zalimi rakyat dengan desak adakan PRN – Amanah Johor

GOLONGAN muda perlu bersedia mengambil bahagian dalam politik berikutan kebenaran kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas untuk mengundi dalam pilihan raya akan datang. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dinasihatkan tidak menzalimi rakyat  dengan tindakan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Timbalan Pengerusi Amanah Negara (Amanah) Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, kenyataan bekas Menteri Besar itu  bahawa  PRN perlu diadakan adalah tanggungjawab jelas membelakangkan suara rakyat.

Menurut beliau, ini kerana masih  terdapat banyak masalah melibatkan kesejahteraan rakyat yang perlu diutamakan kerajaan negeri berbanding mengadakan PRN.

“Masalah rakyat dari segi ekonomi, sosial dan pendidikan banyak lagi yang perlu diselesaikan bukan hanya memikirkan tampuk kuasa seperti alasan yang dibuat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

“Ini jelas menunjukkan kenyataan sombong Khaled Nordin yang membelakangkan suara rakyat. Beliau tidak langsung memikirkan soal kebajikan dan tanggungjawab terhadap rakyat di negeri ini yang sedang mengikat perut.

“Apa yang perlu hari ini adalah kerajaan negeri menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Pembangkang sebelum ini pun tidak ungkit mahu mendapatkan kerajaan selepas titah baginda Sultan Johor yang mahukan kesatuan dalam DUN Johor,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, Mohamed Khaled yang juga  Naib Presiden UMNO memberitahu, keputusan mengadakan PRN Johor adalah tindakan bertanggungjawab iaitu mengembalikan mandat kepada rakyat. 

Beliau dilaporkan berkata, langkah itu dilihat tidak dapat dielakkan memandangkan kerajaan negeri Johor hanya mempunyai kelebihan majoriti satu kerusi DUN.

Baru-baru ini, khabar angin bahawa Johor bakal menyaksikan PRN diadakan semakin kedengaran khususnya selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian meninggal dunia pada 21 Disember lalu.

Hal itu menyebabkan kedudukan kerajaan negeri Johor  tidak kukuh kerana hanya mempunyai majoriti satu kerusi iaitu 28 kerusi berbanding 27 kerusi pembangkang di DUN.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya