Jambatan tenggelam, bomba bantu bawa jenazah ke tanah kubur - Utusan Malaysia

Jambatan tenggelam, bomba bantu bawa jenazah ke tanah kubur

PASUKAN penyelamat membantu mengangkat jenazah wanita warga emas yang dibawa ke tanah perkuburan dengan menggunakan bot akibat banjir di Kampung Sri Bayas, Setiu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Gara-gara jambatan Kampung Sri Bayas di sini ditenggelami banjir, khidmat sepasukan anggota bomba dikerahkan bagi membantu membawa jenazah warga emas ke tanah perkuburan. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah, Mohd. Razli Rapiae berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan untuk menyeberangi sungai pada pukul 10.15 pagi. 

Katanya, jenazah wanita berusia 86 tahun yang meninggal dunia kerana sakit tua itu kemudian dibawa keluar menggunakan bot dengan kekuatan seramai 10 anggotanya. 

“Operasi memindahkan jenazah selesai pada pukul 11.50 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mohd. Razli, operasi itu turut dibantu masing-masing empat anggota polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya