Hazmat bersihkan tumpahan kimia di HTJ - Utusan Malaysia

Hazmat bersihkan tumpahan kimia di HTJ

PASUKAN Hazmat melakukan kerja-kerja pembersihan tumpahan bahan kimia jenis Formalin yang tumpah akibat runtuhan siling di Makmal Histo Patologi, HTJ, Seremban hari ini. -GAMBAR/IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Negeri Sembilan membersihkan tumpahan bahan kimia jenis Formalin akibat  runtuhan siling di Makmal Histo Patologi di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban hari ini. 

Pakar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Negeri Sembilan, Timbalan Penguasa Bomba, Mohammad Idris berkata, pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian pada pukul 6.26 petang sebelum  jentera tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian. 

“Pemeriksaan menemui  tumpahan bahan kimia jenis formalin lebih kurang satu liter yang di atas lantai dan meja di Makmal Histo Patologi. 

“Bomba melakukan kerja-kerja pembersihan menggunakan absorbent pad bagi menyerap tumpahan bahan kimia. Kejadian  tidak melibatkan kecederaan kepada mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Menurut Mohammad, bahan kimia jenis Formalin berbahaya sehingga boleh menyebabkan pening, masalah pernafasan dan kesan pada kulit serta mata.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya