Guna lori angkut pindah mangsa banjir di Merlimau - Utusan Malaysia

Guna lori angkut pindah mangsa banjir di Merlimau

PASUKAN bomba terpaksa menggunakan lori angkut bagi memindahkan mangsa banjir di Kampung Seri Lanchang, Merlimau, Jasin, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa menggunakan lori angkut bagi memindahkan mangsa banjir di Kampung Seri Lanchang, Merlimau di sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Pegawai Bomba Kanan II Sofian Hasan berkata, dua kanak-kanak merupakan antara mangsa yang diselamatkan pihaknya kira-kira pukul 1 petang tadi.

Jelasnya, bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.39 tengah hari dan tiba ke lokasi enam minit kemudian.

“Seramai lima anggota digerakkan dan membantu memindahkan empat mangsa iaitu seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa berkerusi roda serta kanak-kanak lelaki dan perempuan.

“Kesemua mangsa yang diselamatkan kemudiannya dipindahkan menaiki lori angkut. Operasi terkawal pada pukul 12.52 tengah hari tadi,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, setakat pukul 12 tengah hari, sebanyak 17 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di ketiga-tiga daerah di Melaka.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Lt. Kol. (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, seramai 1,225 mangsa daripada 313 keluarga telah berjaya dipindahkan.

“Daerah Alor Gajah merupakan paling terjejas dengan mangsa seramai 682 orang. Sebanyak sembilan PPS dibuka di sini dengan PPS Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Jelatang adalah paling banyak mangsa dengan jumlah 223 orang.

“Ia kemudian diikuti daerah Melaka Tengah dengan enam PPS dan Jasin, dua PPS,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya