PETALING JAYA: Satu kejadian gempa bumi lemah bermagnitud 3.0 berlaku di utara Kalimantan, Indonesia pukul 5.08 pagi tadi yang mana gegarannya turut dirasai di Limbang dan Lawas, Sarawak.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan media berkata, pusat gempa tersebut terletak 4.3 darjah Utara dan 116.3 darjah Timur dengan kedalaman 12 kilometer (km) manakala 46 km dari Sapulut, Sabah.
Kata kenyataan itu, Jabatan Meteorologi akan terus memantau keadaan tersebut. – UTUSAN