Festival Luncur Ombak Cherating pada 4-6 Februari ini

Festival Luncur Ombak Cherating pada 4-6 Februari ini

FESTIVAL Luncur Ombak di pantai Cherating pada 4 hingga 6 Februari ini menawarkan hadiah keseluruhan sehingga RM10,000.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelab Luncur Ombak Cherating (CSC) menganjurkan Festival Luncur Ombak di pantai Cherating pada 4 hingga 6 Februari ini dengan menawarkan hadiah keseluruhan sehingga RM10,000.

Naib Presidennya, Muhammad Zaim Abd. Hayu berkata, festival itu dianjurkan dengan kerjasama Rip Curl, Persatuan Luncur Ombak Malaysia dan Tourism Pahang. 

Katanya, sebanyak enam kategori dipertandingkan merangkumi shortboards dan longboards bagi lelaki serta perempuan selain grommets dan bodyboards.

“Dalam fastival ini, kita maksimumkan penyertaan sehingga 80 orang kerana risaukan masa tidak cukup jika melibatkan jumlah yang ramai dengan yuran penyertaan sebanyak RM80 seorang. 

“Alhamdulillah kita dapat ramai penyertaannya antaranya 20 orang daripada Sabah, Johor, Terengganu dan mungkin ramai dari kalangan anak tempatan Cherating sendiri,” katanya ketika dihubungi hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya