Desak pengeluaran KWSP hanya perjudi pencen swasta - Utusan Malaysia

Desak pengeluaran KWSP hanya perjudi pencen swasta

HASSAN ABDUL KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Tindakan segelintir pihak yang menggesa agar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melaksanakan inisiatif i-Citra dilihat memperjudikan wang pencen pekerja golongan swasta di negara ini.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim membidas tindakan segelintir pemimpin UMNO yang berterusan memainkan isu berkenaan.

Pihaknya turut mengingatkan bahawa tindakan pemimpin UMNO terdahulu juga telah hampir menghancurkan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).

“Jika tidak ada skandal 1MDB (1Malaysia Development Berhad), negara akan ada wang untuk bantu rakyat akibat bencana banjir seperti yang berlaku sekarang. Adakah pemimpin UMNO sedar dan insaf hakikat itu.

“Dulu pemimpin UMNO juga yang hampir musnahkan wang milik kakitangan awam yang disimpan dalam KWAP.

“Sebanyak RM4 bilion wang pencen kakitangan sektor awam dipinjam oleh 1MDB. Lesap wang itu. Kerajaan juga yang terpaksa pikul beban dan bayar hutang itu,” katanya di sini hari ini.

Tambah bekas Pengerusi PKR Johor itu lagi, KWSP telah mengeluarkan wang milik pekerja swasta bernilai RM101 bilion melalui beberapa inisiatif seperti i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra sebelum ini.

“Adakah pemimpin UMNO yang membuat desakan itu tahu bahawa seramai kira-kira enam juta pencarum KWSP atau hampir 50 peratus daripada mereka mempunyai baki simpan di tidak sampai RM10,000 sahaja.

“Manakala data dan statistik menunjukkan 79 peratus pencarum yang mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 adalah rakyat berstatus bumiputera,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya