Cuaca panas di Kedah sehingga April - Utusan Malaysia

Cuaca panas di Kedah sehingga April

MONSUN Barat Daya menyebabkan tiupan angin utama dari arah barat daya dan secara amnya Malaysia mengalami kurang hujan, khususnya di Semenanjung dan Sarawak selain boleh mengakibatkan jerebu jika berlaku pembakaran terbuka tidak terkawal
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Cuaca panas yang melanda negeri ini sejak awal tahun ini dijangka berlarutan sehingga hujung Mac atau awal April depan.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz berkata, Kedah kini berada di fasa kedua Monsun Timur Laut iaitu secara amnya negeri di bahagian utara semenanjung akan mengalami kering sedikit.

Menurut beliau, catatan suhu tertinggi setakat ni direkodkan di Stesen Charok Padang, Sik pada Sabtu lalu dengan bacaan 35.3 darjah Celcius.

Katanya, suhu maksimum harian dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa.

“Kita jangka suhu maksimum harian boleh melebihi 35 darjah Celcius menjelang Mac nanti.

“Bagaimanapun, cuaca panas ini dijangka kembali normal pada hujung atau awal April nanti,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, terdapat beberapa stesen merekodkan bilangan hari tanpa hujan melebihi tujuh hari berturut-turut.

Katanya, berdasarkan rekod bilangan hari tanpa hujan sehingga kelmarin, daerah Kota Setar merekodkan 20 hari tanpa hujan, Pulau Langkawi, 17 hari, manakala Sik dan Kuala Muda masing-masing 12 hari.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya