Bila-bila boleh jadi - Raysha Rizrose anggap pertanyaan kahwin satu doa - Utusan Malaysia

Bila-bila boleh jadi – Raysha Rizrose anggap pertanyaan kahwin satu doa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon meningkat naik, Raysha Rizrose, 26, mengakui dia kurang selesa dengan pertanyaan menamatkan zaman bujang.

Menurut adik kepada pelakon terkenal, Uqasha dan Nelydia Senrose, dia sudah berbincang dengan kekasih hatinya dan sekiranya sudah bersedia mereka akan melangsungkan perkahwinan.

“Jujurnya tipulah kalau tidak rimas (tertawa kecil), tetapi saya positif pertanyaan orang berkenaan ke fasa serius itu sebagai satu doa.

“Dalam masa sama saya tak mahulah tertekan sebab soal perkahwinan ini saya percaya tidak perlu terburu-buru pun. Bila sudah bersedia, boleh jadi bila-bila masa sahaja.

“Kalau rancang nanti tidak jadi pula. Tipulah kalau dalam perhubungan tak pernah bincang pasal itu. Tapi, bincang setakat macam itu sahaja, Insya-Allah,” jelasnya.

Raysha ditemui pada sidang media Ex Aku Pontianak baru-baru ini.

Sebagai informasi, Raysha merupakan kekasih kepada pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri.

Mengulas mengenai pembabitan menerusi drama bersiri 10 episod tersebut, Raysha akui ambil peduli dengan kritikan penonton.

“Sejujurnya bila tengok hasil lakonan sendiri selalu rasa tidak cukup. Harap penonton akan terhibur dengan persembahan saya.

“Saya juga sentiasa risau dengan kritikan penonton kalau mereka tidak berpuas hati. Cuma saya percaya saya sudah berikan yang terbaik,” ujarnya.

Saksikan lakonan Raysha sebagai Suraya dan barisan artis lain seperti Ikmal Amry, Alicia Amin, Elizabeth Tan serta ramai lagi bermula 19 Januari 2022, setiap hari Rabu, pukul 9.30 malam di saluran Astro Ria (104) termasuk di penstriman digital Astro GO dan On Demand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya