SHAH ALAM: Banjir yang ‘menenggelamkan’ Seksyen 25 menyebabkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sri Muda mengalami kerosakan kelengkapan pengajaran dan pembelajaran dianggarkan mencecah RM2.5 juta. Pengetua sekolah berkenaan, Datuk M. Magendran berkata, jumlah tersebut diperoleh hasil pemeriksaan pegawai bahagian pengurusan aset Kementerian Pendidikan (KPM) minggu lalu. “Pemeriksaan pihak saya dan mereka mendapati beberapa aset sekolah seperti komputer, komputer riba, almari, alat muzik dan lain-lain rosak dan tidak boleh dipakai. “Malah Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin ada buat lawatan di sini minggu lalu bagi melihat sekolah ini,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya