“Dari mana agaknya datang selut tebal dan serpihan kayu-kayuan dalam banjir tempohari kalau bukan dari kesan penggondolan hutan serta penebangan pokok melebihi kadar sepatutnya?” Teori yang saya ajukan ini diangguk-setuju oleh beberapa pelajar saya dalam kelas kami pagi itu kerana mereka terlibat secara langsung sebagai sukarelawan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di kawasan bencana banjir. Apa-apa pun, itu sekadar teori mudah penulis yang bukannya pakar dalam bidang kaji cuaca atau alam sekitar, namun sebagai pembayar cukai negara penulis berasa berhak untuk menyatakan kerisauan berikutan bencana alam luar biasa kali ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya