Banjir: KPPK perinci kerugian pekebun kecil, peladang - Utusan Malaysia

Banjir: KPPK perinci kerugian pekebun kecil, peladang

RAVI Muthayah (bertopi biru) dan Daroyah Alwi membantu mengemas dan membersihkan kediaman mangsa banjir di Kampung Asahan, Kuala Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) sedang memperincikan jumlah kerugian  pekebun kecil dan peladang yang terjejas banjir di seluruh negara.

Perincian dilakukan semua agensi berkaitan antaranya Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Majlis Getah Malaysia (MRC) dan Lembaga Koko Malaysia (LKM).

Ketua Setiausaha KPPK, Datuk Ravi Muthayah berkata, kementerian sedang mengumpul maklumat keseluruhan mangsa, lokasi dan kerosakan  dan memahami masalah kerugian yang dialami pekebun dan peladang.

“KPKK menerusi semua agensi sedia ada akan mengenal pasti semua jumlah kerosakan yang ditanggung mangsa.

“Semua input yang diperoleh kelak akan dimaklumkan kepada kerajaan bagi kelulusan terutama melibatkan peruntukan bantuan,” kata beliau ketika ditemui pada program Misi Bantuan Banjir KPPK di Kampung Asahan di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah LKM, Dr. Ramle Kasin dan Pengerusi MRC, Dr. Daroyah Alwi.

 Menurut beliau, pihaknya turut akan memperincikan jenis bantuan yang bakal disalurkan kepada mangsa-mangsa.

“Sebagai contoh, tanaman kelapa sawit yang ditenggelami air lebih daripada lima hari akan menjejaskan hasil pengeluaran buah sawit itu.

“Justeru, kita perlu menilai semua faktor seumpama itu secara keseluruhan termasuk melibatkan tanaman getah dan kayu kayan,” ujarnya.

Tambah beliau, kementerian juga  sedang menilai laporan mengenai 64 kilang perabot yang kerugian RM10 juta akibat banjir.

Dalam pada itu, Ravi berkata, pihaknya bersama semua agensi di bawah KPPK sudah membelanjakan RM500,000 bagi misi bantuan banjir.

“Selain sumbangan wang tunai, ia melibatkan bantuan makanan, tilam dan peralatan dapur. 

“Kita juga bercadang menyalurkan bantuan perabot kepada mangsa banjir antaranya menerusi bantuan persatuan kayu-kayan sedia ada,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya