Adik guna akaun: SC minta penjelasan Azam - Utusan Malaysia

Adik guna akaun: SC minta penjelasan Azam

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bersama pihak-pihak yang terlibat perlu menjelaskan dan mengesahkan kenyataan yang telah dibuat serta mengemukakan bukti-bukti berhubung isu pemilikan saham dalam beberapa syarikat.

Suruhanjaya Sekuriti (SC) berkata, di bawah Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA), setiap akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mestilah atas nama pemilik benefisial sekuriti yang didepositkan atau atas nama penama yang diberi kuasa.

“Di samping itu, Seksyen 29A SICDA mensyaratkan bahawa semua urus niaga dalam sekuriti seharusnya hanya dolaksanakan oleh pemilik benefisial sekuriti itu atau penama yang diberi kuasa,” kata SC dalam kenyataan semalam.

Semalam, Azam dalam sidang akhbarnya menjelaskan bahawa pemilikan saham yang mencetuskan kontroversi berlaku susulan adiknya, Nasir Baki menggunakan akaunnya untuk membeli saham.

Kata Azam, sesiapa sahaja boleh menggunakan akaun orang lain untuk membeli saham di pasaran terbuka dan ia tidak menjadi satu kesalahan untuk berbuat demikian.- UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya