KANGAR: Kira-kira 60 peratus daripada 150 pengusaha bot di Kuala Perlis di sini terpaksa memberhentikan operasi ke laut walaupun kerajaan sudah membenarkan mereka mengambil pekerja asing. Tindakan itu diambil kerana mereka sudah kehabisan modal selain kebanyakan bot mengalami kerosakan dan tersadai selepas lebih setahun tidak beroperasi selain hasil laut yang semakin berkurangan dipercayai kesan daripada pencerobohan bot menangkap siput. Malah, pengusaha bot juga sudah tidak mampu mengeluarkan modal untuk mengambil semula pekerja asing bagi membantu operasi mereka. Sebelum ini, mereka gagal beroperasi kerana ratusan pekerja yang terdiri daripada warga Thailand…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya