500 penduduk Melaka kembali ke PPS  - Utusan Malaysia

500 penduduk Melaka kembali ke PPS 

PASUKAN APM menyelamatkan penduduk di Kampung Lanjut Manis, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Lebih 500 penduduk di negeri ini dipindahkan semula ke pusat pemindahan sementara (PPS) sejak awal pagi tadi  susulan hujan lebat berterusan, semalam. 

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Lt. Kol. (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, sebanyak enam PPS dibuka sejak pukul 3.30 pagi hari ini.

“Setakat pukul 4 petang tadi, seramai 507 mangsa daripada 134 buah keluarga di daerah Alor Gajah telah dipindahkan ke PPS.

“Sebanyak 10 buah kawasan penempatan di Alor Gajah dan satu di Melaka Tengah telah dinaiki air pada paras kira-kira satu meter,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kawasan terjejas adalah Kampung Gadek Dalam, Taman Seri Bayu, Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin, Kampung Sungai Siput, Lubok China, Kampung Jeram, Kampung Belimbing dan Kampung Pulau. 

Di Melaka Tengah kawasan yang terjejas adalah Kampung Lanjut Manis.

Dalam pada itu, pasukan polis turut bersama-sama membantu dalam operasi penyelamatan mangsa banjir.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya