Zii Jia ‘keluar’ BAM cerita lama? - Utusan Malaysia

Zii Jia ‘keluar’ BAM cerita lama?

LEE ZII JIA (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Khabar angin Lee Zii Jia mahu meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tiba-tiba tersebar kelmarin dengan juara All England itu dikatakan ditawarkan penajaan RM4 juta oleh sebuah syarikat.

Selepas dihujani pelbagai soalan, BAM akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa dakwaan itu tidak benar selepas Setiausaha Agungnya, Datuk Kenny Goh sendiri menghubungi Zii Jia untuk mendapatkan kepastian.

“Saya baru bercakap dengan Zii Jia dan dia langsung tidak mengetahui khabar angin mengenai dia akan meninggalkan BAM.

“Itu semua khabar angin dan Zii Jia menegaskan bahawa dia akan terus bersama BAM kerana keazaman dan visinya masih sama iaitu untuk menjadi pemain terkemuka negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Utusan Malaysia difahamkan, beberapa bulan lalu Zii Jia, 23, memang ada menerima tawaran lumayan bernilai jutaan ringgit daripada sebuah syarikat pengeluar barangan sukan.

Pemain kelahiran Kedah itu bagaimanapun telah menolak tawaran tersebut untuk kekal di bawah naungan BAM.

Sementara itu, Kenny ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, mana-mana pemain yang masih mempunyai kontrak tetapi berhasrat untuk meninggalkan badan badminton itu akan dikendalikan mengikut kes masing-masing.

Ia bergantung kepada berapa lama mereka sudah berkhidmat buat skuad kebangsaan, kejohanan disertai, sumbangan diberikan, selain faktor umur.

“Sebagai contoh, pemain akan dinilai berdasarkan kejohanan antarabangsa yang pernah disertai dan umur mereka ketika permohonan itu dibuat.

“Ada beberapa atlet yang pernah diberi kelonggaran dan dilepaskan BAM seperti Chan Peng Soon, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong setelah menilai prestasi mereka semasa menjadi pemain kebangsaan dan umur mereka yang sudah 27 dan 28 tahun pada ketika itu,” jelas beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya