Usul pinda perlembagaan parti UMNO selepas PRU - Utusan Malaysia

Usul pinda perlembagaan parti UMNO selepas PRU

Zawawi Othman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : UMNO Bahagian Pasir Puteh mengusulkan agar perlembagaan parti dipinda agar pemilihan kepimpinan dapat diadakan selepas pilihan raya umum (PRU).

Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh 2021 pada hari ini apabila perwakilan sebulat suara membuat ketetapan untuk mengusulkan itu kepada pimpinan parti agar itu dibawa ke Perhimpunan Agung Khas UMNO untuk meminda perlembagaan berkenaan.

Katanya, ketetapan sebulat suara itu dilakukan setelah perwakilan seramai 450 mengambil kira keperluan untuk seluruh anggota parti memberikan penumpuan kepada segala usaha untuk membantu rakyat disamping kesiapsiagaan parti menghadapi pilihan raya umum.

“Di samping itu, ketetapan ini juga dibuat bagi memastikan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mewakili UMNO dalam Kerajaan terus dipertahankan demi melaksanakan amanah mentadbir negara dan menguruskan hal-ehwal rakyat dengan sempurna.

“Pemilihan parti selepas setiap kali PRU sudah tentu mampu memastikan kestabilan politik dan kerukunan dalaman parti sekaligus menjamin keharmonian politik negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu,  Zawawi berkata, UMNO Bahagian Pasir Puteh juga mendesak supaya kerajaan pimpinan Ismail Sabri agar segera mengambil tindakan terhadap ahli keluarga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Aktar Aziz yang didakwa terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya