UMNO Marang mahu pemilihan parti selepas PRU-15 - Utusan Malaysia

UMNO Marang mahu pemilihan parti selepas PRU-15

NIK DIR NIK WAN KU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: UMNO Bahagian Marang mencadangkan pemilihan parti diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketuanya, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku berkata, langkah itu tepat bagi mengelak sebarang keretakan dan perpecahan dalam kepemimpinan serta ahli.

“Pemilihan UMNO tidak pernah dibuat sebelum PRU, jadi, untuk mengelak suasana ramai pemimpin tewas dalam pemilihan, maka ia perlu ditangguhkan dahulu.

“Jika dilakukan juga secara tidak langsung memberi kelebihan kepada parti lawan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat UMNO bahagian itu di Terengganu Equestrian Resort (TER) di sini hari ini.

Terdahulu, kira-kira 1,200 perwakilan menyertai mesyuarat itu dengan 636 hadir secara fizikal manakala selebihnya secara dalam talian.

Sementara itu, Nik Dir berkata, UMNO Bahagian Marang menyokong penuh kepemimpinan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri hingga PRU-15.

Katanya, usul lain yang diluluskan ialah menolak sebarang kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagaimana keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya