UMNO bertegas mahu tanding di Parlimen Alor Setar - Utusan Malaysia

UMNO bertegas mahu tanding di Parlimen Alor Setar

MOHD. Yusof Ismail (dua dari kiri) menandatangani memorandum yang mahu calon UMNO bertanding di Parlimen Alor Setar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: UMNO Bahagian Alor Setar tetap berhasrat meletakan calon daripada UMNO bagi mewakili Barisan Nasional (BN)  di Parlimen Alor Setar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketuanya, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, UMNO bahagian itu membuat ketetapan tersebut selepas MCA mengalami kekalahan teruk pada PRU-13 dan PRU-14 sebelum ini.

Selain itu, menurutnya, jumlah sokongan pengundi Cina juga dilihat semakin berkurangan terhadap calon daripada parti itu.

“Ketegasan ini dizahirkan dengan memorandum yang mahu calon UMNO bertanding di Parlimen Alor Setar yang ditandatangani oleh semua ahli parti peringkat kepimpinan akar umbi UMNO bahagian Alor Setar.

“Malah, setakat ini, seramai 570 perwakilan UMNO di bahagian itu juga menyatakan sokongan penuh  kepada calon daripada UMNO sekiranya bertanding  mewakili BN pada pilihan raya umum nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar di sini hari in.

Pada PRU-14 lalu, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR),  Chan Ming Kai menang kerusi Alor Setar dalam pertandingan tiga penjuru menentang Pas dan BN dengan 32,475 undi serta majoriti 15,200 undi.

Calon Pas, Muhammad Aminur Shafiq Mohamad Abduh pula mendapat 17,275 undi manakala Yoo Wei How daripada BN menduduki tempat ketiga dengan 14,181 undi.

Mohd. Yusof menambah, peratusan pengundi Melayu yang melebihi 64 peratus juga menjadi dijadikan alasan kukuh untuk BN meletakan calon daripadai UMNO yang mewakili bangsa Melayu tanpa mengabaikan kepentingan bangsa lain.

Jelasnya, beliau percaya sekiranya kepimpinan BN terus mengambil keputusan untuk calon MCA yang tidak berpotensi untuk menang, pembangunan sosial dan ekonomi bagi pengundi di Parlimen itu akan terus terbantut.

“Kalau kita letak jugak calon dari MCA juga, (memang) sukar untuk menang, (yang) kedua apabila kerajaan BN kalah dalam PRU-14, wakil daripada MCA hilang terus selama tiga tahun dan timbul (semula) dalam tahun 2021, 

“(Sebab) ketiga (pula), saya rasa MCA juga tidak bersedia untuk bertanding kerana mereka tidak mempunyai calon dan kita di Alor Setar, kita (dalam UMNO) mempunyai barisan calon yang berwibawa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd . Yusof memberitahu, MCA tidak perlu bimbang untuk melepaskan kerusi tradisi mereka itu kepada UMNO kerana yang penting matlamat untuk mencapai kemenangan bagi menambah kerusi BN.

“BN juga perlu membuat perubahan besar bagi merealisasikan misi tersebut dan antaranya melihat sentimen  setempat dan populasi kaum di setiap kawasan dalam meletakan calon yang sesuai,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, UMNO Alor Setar juga turut melancarkan Halatuju 15 Tahun UMNO Alor Setar menerusi Program Sebuah Keluarga Seorang Profesional, Seorang Usahawan.

UMNO Bahagian itu juga sebulat suara memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sehingga tamat tempoh penggal ke-14 Parlimen pada 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya