Tentera dituduh rompak dua beradik - Utusan Malaysia

Tentera dituduh rompak dua beradik

SR Alex Praba dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas tuduhan melakukan rompakan terhadap dua beradik perempuan di kawasan kebun kelapa sawit di Manjung dalam kejadian dua minggu lalu. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan rompakan terhadap dua beradik perempuan di kawasan kebun kelapa sawit di Manjung, dua minggu lalu.

Tertuduh, SR Alex Praba, 21, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd. Ardani.

Mengikut pertuduhan, lelaki berpangkat lans koperal itu didakwa melakukan rompakan ke atas wanita berusia 27 tahun di kawasan kebun kelapa sawit bersebelahan Jalan Kampung Paya Nibong Ayer Tawar, Manjung sekitar pukul 12.15 tengah malam, 21 Disember lalu.

Dia turut didakwa melakukan rompakan ke atas adik mangsa berusia 20 tahun di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Nazreen Zabarudin membenarkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan lain sehingga kes selesai dibicarakan.

Mahkamah menetapkan 31 Januari ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya