Tanah runtuh di Sungai Gadut, hanya satu laluan dibuka - Utusan Malaysia

Tanah runtuh di Sungai Gadut, hanya satu laluan dibuka

KERJA pembersihan tanah yang memenuhi tiga perempat jalan Jalan Seremban-Tampin dekat Sungai Gadut, Seremban sedang giat dilaksanakan oleh petugas Jabatan Kerja Raya (JKR).-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Susulan hujan lebat berterusan sejak malam semalam, satu kejadian tanah runtuh turut berlaku di Sungai Gadut dekat Jalan Seremban-Tampin, hingga ia menghalang laluan berkenaan.

Pegawai Daerah Seremban, Mohd. Nizam Tajul Arus berkata, kerja-kerja pembersihan tanah yang memenuhi tiga perempat jalan sedang giat dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Buat masa ini, hanya satu laluan sahaja dibuka untuk dilalui pengguna jalan raya. Sehubungan itu orang ramai disarankan untuk mengambil laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan di lokasi tersebut.

“Pengguna jalan raya boleh melalui Jalan Rantau atau lebuh raya untuk ke Rembau,” katanya hari ini. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya