Setahun tidak menangis, suami isteri hiba terima ijazah arwah anak - Utusan Malaysia

Setahun tidak menangis, suami isteri hiba terima ijazah arwah anak

ADNAN Endut (kanan) bersama Roziana Wahab dan anak bongsu mereka, Muhammad Azfan Zariff hiba selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Agroteknologi (Akuakultur) Allahyarham  Muhammad Amirul Bakhtiar dalam Majlis Konvokesyen UMT Ke-18 (Siri Ke-2) di Kuala Nerus, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Hampir setahun pasangan suami isteri dari Kuala Terengganu di sini berhenti menangisi pemergian anak sulung mereka, namun hari ini air mata kedua-duanya kembali mengalir dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu Ke-18 (Siri Ke-2).

Adnan Endut, 57, bersama isterinya, Roziana Wahab, 48, tidak dapat menyembunyikan rasa hiba mereka kerana Muhammad Amirul Bakhtiar, 23, tiada di sisi untuk meraikan hari bersejarah menerima segulung ijazah.

Katanya, Allahyarham yang adalah penuntut program agroteknologi (akuakultur) dan bekas ahli jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT meninggal dunia pada 29 September tahun lalu, akibat kemalangan jalan raya.

“Hampir setahun saya sudah tidak menangis, tetapi apabila pihak pengurusan UMT minta keluarga hadir menerima ijazah arwah, kami sangat terharu dan sedih.

“Air mata saya mengalir ketika mewakili arwah naik ke pentas untuk menerima ijazah. Terima kasih atas penghargaan luar biasa pihak UMT terhadap anak saya,” katanya kepada pemberita selepas majlis di sini.

Menurut Adnan, ketika tragedi itu, anak sulungnya sudah menamatkan pengajian di UMT, malah Allahyarham pernah berjanji meneruskan pembelajaran di peringkat tertinggi di universiti sama.

Katanya, arwah sebelum ini menerima Diploma Perikanan UMT pada 2017.

Sementara itu, atlet kuda lasak negara, Azizatul Asma Abdullah, 25, turut menerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dalam majlis konvokesyen hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya