Selangor kaji impak hakisan ke atas takungan air - Utusan Malaysia

Selangor kaji impak hakisan ke atas takungan air

Hakisan yang berlaku di tebing Sungai Selangor kira-kira tujuh kilometer dari Jalan Rawang - Bestari Jaya di Serendah, Hulu Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri akan mendapatkan laporan awal mengenai hakisan tanah yang berlaku di tebing Sungai Selangor kira-kira tujuh kilometer (km) dari Jalan Rawang – Bestari Jaya di Serendah, Hulu Selangor.

Siasatan awal akan dilakukan bagi mengenalpasti impak terhadap hakisan tersebut kepada takungan air yang terletak bersebelahan dengan sungai berkenaan.

Menurut Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim, takungan air itu adalah sebahagian daripada projek simpanan air bagi masa hadapan iaitu Hybrid off River Augmentation System (HORAS) 3000.

“Sebenarnya saya tidak nampak hakisan itu akan memberikan impak kepada takungan air tersebut. Saya akan dapatkan maklumat lanjut untuk tengok how extensive kes ini, setakat mana kesannya kalau runtuh, kita akan tengok impaknya.

“Kawasan ini sebenarnya adalah HORAS 3000 memang sangat besar kolamnya dan banyak, sangat luas untuk takungan air. Bukanlah bekalan air, tetapi lebih kepada penggunaan pada masa hadapan. Sekarang ini kita ada HORAS 600,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Pelancaran Buku ‘Juang Mat Sabu’ di Shah Alam, Selangor hari ini.

Kata Izham, setakat ini beliau tidak menganggap perkara itu memberi impak kepada penduduk Selangor kerana takungan air berkenaan tidak digunakan sebagai sumber bekalan air ketika ini.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor ketika dihubungi memaklumkan mesyuarat bersama JPS Daerah Hulu Selangor diadakan semalam bagi mendapatkan laporan mengenai masalah hakisan tersebut.

Muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini memaparkan keadaan tebing Sungai Selangor yang semakin terhakis dipercayai akibat arus deras ketika hujan lebat yang difahamkan berlaku pada Julai lalu.

Berdasarkan tinjauan,  kawasan hakisan terletak berhampiran tanah milik Kerajaan Negeri Selangor itu juga semakin lebar dan dipercayai berlaku sejak beberapa bulan lalu.

Hakisan itu juga menyebabkan laluan ke sebuah ladang kelapa sawit di atas tanah milik kerajaan negeri terputus sejak Julai lalu.

Malah, kawasan tersebut  hanya boleh dilalui motosikal namun masih membahayakan anggota penguat kuasa yang membuat kawalan kerja-kerja mengorek pasir.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya