Sebak tengok ibu, anak berpelukan setelah 2 tahun terpisah    - Utusan Malaysia

Sebak tengok ibu, anak berpelukan setelah 2 tahun terpisah   

TANGKAP layar video memaparkan Kak Sha memeluk anak perempuannya setelah dua tahun tidak berjumpa ekoran penularan pandemik Covid-19. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah video tular di platform media sosial TikTok memaparkan seorang ibu dan anak berjumpa selepas dua tahun terpisah akibat pandemik Covid-19. 

Pengguna TikTok, @norshafikarahmat, memuat naik video tersebut yang memaparkan kakaknya dikenali Kak Sha berjumpa semula dengan anak perempuannya selepas dua tahun tidak berjumpa kerana pandemik Covid-19. 

“Alhamdulillah, pelan nak kejutkan anak saudara berjumpa dengan Kak Sha berjaya. Happy untuk both of you. 

“Kakak buat-buat tak nampak anaknya. Alhamdulillah, dapat jumpakan kakak dan anaknya yang terpisah dua tahun,” katanya dalam video tersebut. 

Jelasnya dalam video lain, Kak Sha bekerja di Singapura yang mana dia berulang-alik untuk  dengan anaknya tetapi disebabkan pandemik itidak dapat melawat sehingga hari perjumpaan mereka, semalam,. 

“Pelan maknya mahu buat surprise, buat-buat tidak nampak. Mahu tengok reaksi anaknya yang lama tidak berjumpa. Tapi naluri seorang anak, tetap kenal emaknya,” katanya. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan perasaan bercampur baur dengan perjumpaan ibu dan anak itu. 

“Jatuh air mata. Tidak tahan tengok masa anak dia peluk itu,” kata @puteri_tujuh

“Dia punya naluri itu kuat. Rindu betul dekat mak dia, sedih,” kata @MeyMie_Aton87

Seorang pengguna, @bungabiru06 berkata, mungkin itu perasaan jika dapat peluk ibunya sekiranya masih hidup lagi dan berpeluk dekat syurga nanti.

‘Menangis melihat video tersebut, sudah lima tahun menetap di asrama,” kata seorang warganet, @vinznxccent berkata,

“Ya Allah, naluri seorang anak,” kata @mRsLoLa_282. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya