Sebahagian kecil ahli,pimpinan Bersatu lupa asas perjuangan  - Utusan Malaysia

Sebahagian kecil ahli,pimpinan Bersatu lupa asas perjuangan 

Ahmad Faizal Azumu selepas merasmikan Sayap Armada dan Srikandi pada Perhimpunan Agung Tahunan Kali Keempat Bersatu di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC) di sini, hari ini. -UTUSAN/ FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan sebahagian kecil pimpinan atau ahli parti tersebut sudah melupakan asas perjuangan itu sendiri. 

Beliau berkata, parti Bersatu itu terbangun atas keinginan menolak rasuah dan fasad bahawa parti itu sentiasa memperjuang menolak budaya kleptokrat. 

Katanya, ini kerana pihaknya yakin dan percaya jika tiada siapa yang mempunyai keberanian untuk menolak sikap dan amalan kebinasaan, maka agama, bangsa dan negara bertuah ini akan runtuh sehingga generasi akan datang menuding jari dan menyalahkan. 

“Dalam kita melakukan persiapan untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kita mesti bersedia untuk melakukan muhasabah dan penilaian diri, BUkan sahaja untuk Srikandi dan Armada, tetapi untuk seluruh kepimpinan parti, termasuk diri saya sendiri.

“Sepanjang tempoh enam tahun yang lalu ini, kita sebenarnya sedang diuji oleh Allah apabila daripada sebuah parti politik biasa berhadapan dengan gelombang kekuasaan dan keutuhan wang ringgit,  kita menempuh halilintar ujian politik luar biasa. 

“Apabila kita diberikan jawatan dan kedudukan, itu juga adalah ujian Allah. Sebahagian kita jadi lupa dengan asas perjuangan kita, bayangkan dulu tak ada jawatan, sekarang Allah bagi jawatan.

“Sebahagian kecil kita jadi lupa dengan apa yang kita perjuangkan, malah, kita amalkan perkara-perkara yang kita musuhi dulu sewaktu kita tidak mempunyai jawatan dan kedudukan,” katanya dalam ucapan perasmian Perhimpunan Tahunan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Srikandi 2021 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC), hari ini. 

Menurut Ahmad Faizal, ahli Bersatu mesti cepat menolak segala kelemahan yang melalaikan dengan menggunakan pentas kali ini untuk pengukuhan semula nilai politik dalaman, berbalik kepada asas dan teras perjuangan. 

“Jika mereka bergerak dengan kesombongan, kitalah pembawa jalur budi dan kesederhanaan. Jika mereka angkuh dan ujub, lekaslah kita membawa taslim dan tawaduk ke dalam diri.

“Kita perlu menghargai jentera akar umbi parti kerana merekalah nadi kekuatan kita. Kita perkukuh kemesraan dan semangat kekeluargaan sesama kita. Kita perlu jujur dan ikhlas dengan diri sendiri,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya