Roti, makanan kering ‘laku keras’  - Utusan Malaysia

Roti, makanan kering ‘laku keras’ 

SEORANG peniaga menunjukkan rak roti kosong di kedainya di Seksyen 9 selepas bekalannya habis kerana dicari ramai orang berikutan hujan lebat sehingga mengakibatkan banjir di beberapa kawasan di sekitar Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Barang makanan sedia dimakan seperti roti putih, biskut dan air minuman laris sejak dua hari lalu di bandar raya ini.

Seorang peniaga kedai runcit yang dikenali sebagai Bakri, 35, di Seksyen 9 di sini berkata, ketika kejadian  banjir  sejak kelmarin, pembekal roti semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dua tahun lalu,  tidak membuat penghantaran akibat masalah bencana alam tersebut.

“Sudah dua hari tiada bekalan roti putih. Ramai yang bertanya tetapi saya beritahu tunggu banjir reda.

“Kawasan kilang roti mungkin dilanda banjir sebab itu tiada bekalan baharu. Orang ramai memilih untuk membeli biskut kering sebagai ganti,” katanya ketika tinjauan bekalan barang makanan oleh wartawan Utusan Malaysia hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk di Seksyen 10 di sini, Hafizal Ahmed,37, berkata, banjir di beberapa kawasan menjadi punca banyak jenis bekalan makanan tidak dapat dibeli.

Katanya, bekalan makanan kering agak sukar didapati ketika ini selepas terdapat banyak kedai tutup dan dalam masa sama yang buka pula kehabisan stok.

“Insya-Allah apabila ujian banjir ini berakhir bekalan seperti roti dan barang makanan lain akan pulih,” ujarnya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya