Rebut peluang yang disediakan KPLB - Utusan Malaysia

Rebut peluang yang disediakan KPLB

BANTUAN KPLB telah membolehkan Mohd. Syukor Ahmad (kanan) dari Alor Gajah, Melaka berjaya dalam bidang penanaman cendawan dan memenangi pelbagai anugerah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: JASA Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) kepada masyarakat desa adalah cukup banyak dan jumlah usahawan yang mendapat manfaat dari segi pembangunan perniagaan, kemudahan pembiayaan, pembangunan produk dan jaringan pasaran memang sudah tidak dapat dibilang dengan jari.

Antara yang telah berjaya ialah Mohd. Syukor Ahmad dari Sinar Syukrawie Enterprise di Alor Gajah, Melaka dalam bidang penanaman cendawan dan sudah memenangi pelbagai anugerah.

Bimbingan KPLB juga membolehkan Hazleen Syafiza Mansor dari syarikat Inang Suri yang beroperasi di Sungai Petani, Kedah mengeluarkan produk coklat Hazleen yang disasarkan akan menjadi jenama antarabangsa pada 2025.

Oleh itu, diharapkan Program Outreach Keusahawanan dan Pendidikan KPLB@Padang Terap pada hari ini di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka, Kedah akan membolehkan lebih ramai usahawan berjaya dilahirkan.

Padang Terap ialah daerah ketiga terbesar di Kedah yang meliputi kawasan seluas 1,357 kilometer persegi. Lokasinya terletak bersempadanan dengan Thailand di utara, sebelah barat bersempadanan dengan daerah Sik dan Pendang dengan jumlah penduduk lebih 70,800 orang.

Pusat pentadbiran daerah ini ialah Kuala Nerang dan antara kawasan yang termasuk di dalamnya termasuk Durian Burung, Padang Sanai, Felda Lubuk Merbau dan Pedu.

Program yang dianjurkan hari ini adalah platform mempromosikan kemudahan serta insentif merangkumi pendidikan dan keusahawanan yang disediakan kementerian dan agensi-agensinya seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Mara, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Felcra Berhad dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

Bagi usahawan luar bandar yang ingin meluaskan jangkauan perniagaan, KPLB dan agensinya menawarkan platform akses pasaran produk dan perkhidmatan usahawan desa kepada pemborong, pengedar dan pembeli selain meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk luar bandar serta meneroka peluang baharu.

Antara projek ekonomi bernilai tinggi yang diberi tumpuan adalah perkhidmatan, produk makanan dan minuman, pembuatan/perkilangan, pertanian(industri hiliran/teknologi), teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan kreatif teknologi; kesejahteraan (wellness) serta gaya hidup.

Bagi lepasan sekolah dan belia yang ingin menyambung pengajian, sesi penerangan dan pendaftaran oleh institusi di bawah agensi seperti UniKL, KPTM, IKM, GiatMara, Kolej Felcra, Kolej KEDA dan UCAM turut dibuka.

Ayuh! Rebutlah peluang yang disediakan oleh KPLB dan agensi di bawahnya dalam mentransformasikan masyarakat desa selain menjadikan #LuarBandarSejahtera.

Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya