Rakyat pedulikah siapa Pengerusi MKN Selangor dalam waktu banjir? - Utusan Malaysia

Rakyat pedulikah siapa Pengerusi MKN Selangor dalam waktu banjir?

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Seorang pemimpin politik mempersoal tindakan Menteri Persekutuan dan Menteri Besar dari negeri yang sama bertelagah tentang jawatan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor.

Menyifatkan ia sebagai suatu yang menjengkelkan, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, seharusnya ia tidak berlaku kerana tumpuan perlu diberi kepada bantuan terhadap mangsa banjir, bukan kepada jawatan yang direbutnya.

“Cukup menjengkelkan apabila seorang Menteri Persekutuan dan Menteri Besar dari negeri yang sama bertelagah mengenai siapa jadi Pengerusi. Agak-agak, rakyat peduli ke siapa Pengerusi? Apa faedah berebut jawatan kalau masalah rakyat masih belum selesai?

“Cuba ambil contoh begitu banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO_ dan orang awam yang berterusan membantu rakyat. Sepanjang saya membersihkan rumah-rumah minggu ini, saya sendiri nampak pasukan Ustaz Ebit Liew, dari Naelofar, dari Dana Kita, Unit Amal Pas, Skuad Prihatin Bersatu, sukarelawan parti Muda, persatuan penduduk, dan banyak lagi NGO yang bertungkus lumus bekerja.

“Tak ada seorang pun dalam kalangan kami bertelagah siapa nak jadi ketua. Kita semua saling membantu  untuk buat kerja. Yang penting, ada beribu-ribu rumah perlu dibersihkan segera. Itu tumpuan kita,” katanya dalam kenyataan menerusi laman sosial Facebooknya, hari ini.

Katanya, tindakan tersebut menyebabkan pemimpin politik terkena tempias apabila rakyat mula menghukum pemimpin yang dilihat tidak pandai menjaga kebajikan rakyat.

“Dalam waktu begini, saya nasihatkan orang politik yang bawa “perangai lama” ni supaya sudah sudah lah. Lagi kamu tunjuk perangai, lagi rakyat marah. Disebabkan kamu tamak berebut jawatan, habis semua orang politik tercemar sama. Padahal yang perangai buruk kamu saja. Kami yang lain ni hendak buat khidmat, tapi terpalit sebab perangai kamu.

“Jangan disebabkan ‘perangai lama’ kamu, nama semua orang rosak. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

“Bermuafakatlah. Rakyat mahu kita buat yang terbaik untuk mereka,” tulisnya.

Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri, Tan Sri Noh Omar membidas kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung mendapat panggilan untuk mempengerusikan MKN Selangor ekoran bencana banjir di negeri tersebut.

Ujar Noh, kenyataan yang dikeluarkan oleh Amirudin itu seolah-olah menyalahkan beliau menghalangnya untuk bertindak menyelesaikan isu banjir.

Kenyataan itu dibuat selepas Amirudin melaporkan yang beliau akan kembali semula mempengerusikan MKN Selangor pada minggu lalu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya