Pusat restu UMNO Terengganu bertanding solo dalam PRU-15 - Utusan Malaysia

Pusat restu UMNO Terengganu bertanding solo dalam PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: UMNO Terengganu mengesahkan mendapat lampu hijau daripada kepemimpinan tertinggi parti itu untuk bertanding di kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Penerangannya, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku berkata, setakat ini restu itu masih tidak berubah dan kekal sebagaimana diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Janda Baik, Pahang pada Mac lalu.

Katanya, keputusan itu menyaksikan UMNO Terengganu sebagai satu-satunya negeri yang mendapat kelebihan bertanding secara solo tanpa perlu bekerjasama dengan rakan Muafakat Nasional (MN), Pas.

“Tidak timbul soal kita perlu akur ketetapan Pusat kelak kerana ahli MT secara jelas sudah memberi lampu hijau kepada UMNO Terengganu untuk bertanding di 32 DUN dan lapan Parlimen.

“Dengan kerakusan Pas Terengganu, kita yakin UMNO dapat merampas kembali pemerintahan kerajaan negeri, namun tiada jangkaan khusus jumlah kerusi yang boleh menang tetapi, InshaAllah, kita boleh meraih lebih separuh,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Marang di Terengganu Equestrian Resort (TER) di sini hari ini.

Sebelum ini, UMNO Terengganu menegaskan pendirian akan bertanding di semua 32 kerusi DUN dan lapan Parlimen dalam PRU-15.

Nik Dir yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang berkata, walaupun hubungan dalam MN masih berjalan, namun kerjasama tersebut didakwa tidak pernah sesekali wujud di negeri ini.

Sehubungan itu, katanya, UMNO Pusat dan Barisan Nasional (BN) perlu mengkaji semula hubungan MN yang diperkotak-katik oleh Pas, malah secara jelas tindakan berkenaan melanggar piagam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya