PETALING JAYA: Beberapa projek tebatan banjir di Selangor dilihat dilaksanakan sekadar ‘asal siap dan asal ada’ menjadi antara punca banjir kilat sering berlaku di negeri itu. Walhal projek tebatan banjir amat penting bagi melencongkan kadar lebihan air hujan yang berterusan terutamanya di kawasan yang pesat membangun atau kawasan tepu bina pada istilah geografi. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pakar Hidrogeomorfologi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Frankie Marcus Ata berkata, projek-projek tebatan yang ada dilihat tidak mengambil serius dari segi pengiraan asas yang sebenar sehingga menimbulkan banjir…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya