PM sedih kemalangan mengorbankan 10 nyawa - Utusan Malaysia

PM sedih kemalangan mengorbankan 10 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedih dan pilu dengan kejadian kemalangan maut yang  mengorbankan 10 mangsa termasuk kanak-kanak berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam di sini semalam.

Ismail Sabri berkata, sebanyak lima kanak-kanak lelaki, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki serta wanita dewasa antara mangsa yang dikenalpasti terkorban dalam kemalangan yang menyayat hati itu.

“Takziah kepada ahli keluarga mangsa, dan saya doakan semoga mereka tabah menghadapi kehilangan ini. Saya doakan agar roh Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh golongan beriman dan beramal soleh.

“Keluarga Malaysia, sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah buat mangsa yang terkorban,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Dalam kejadian itu, seorang ibu serta lapan anaknya maut dalam kemalangan melibatkan sebuah treler dan tiga kereta di kawasan rehat USJ, Lebuh Raya Utara-Selatan di sini tengah malam tadi.

Kesemua mangsa dipercayai menaiki kereta Proton Wira yang dipercayai terperosok dalam sebuah treler.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.03 tengah malam dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, pihak bomba mendapati kemalangan melibatkan dua Proton Wira, Perodua Axia dan treler.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menyeru kepada pengguna jalan raya agar memandu dengan berhati-hati ketika menghadapi cuaca yang tidak menentu di negara kita.

“Pandu dengan selamat, ingatlah orang yang tersayang dan ahli keluarga kita yang menunggu kepulangan kita,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya