Plaza tol, persimpangan bertingkat Shah Alam buka semula - Utusan Malaysia

Plaza tol, persimpangan bertingkat Shah Alam buka semula

Plaza Tol Shah Alam dibuka semula.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Plaza tol dan persimpangan bertingkat Shah Alam di sini, kembali dibuka secara berperingkat kepada pengguna lebuh raya.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Bhd. (PLUS), Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, pihaknya masih meneruskan kerja-kerja  pembersihan dan pengalihan kenderaan yang terkandas.

Menurut beliau, pemeriksaan menyeluruh dan kerja pembaikan aset lebuh raya serta peralatan tol yang rosak akibat banjir turut dijalankan.

“Laluan yang terjejas sudah dibuka secara berperingkat. 

“Namun, PLUS menasihatkan pengguna berwaspada dan mematuhi papan tanda amaran kerana beberapa bahagian jalan masih ditakungi air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat trafik terkini boleh melayari www.plus.com.my dan platform media sosial seperti Facebook (FB) dan Twitter PLUS.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya