PIAM, MTA bantu percepat proses tuntutan - Utusan Malaysia

PIAM, MTA bantu percepat proses tuntutan

Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) bersedia membantu mempercepatkan proses insurans mangsa banjir untuk menuntut bayaran bagi kerugian yang dialami.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) bersedia membantu mempercepatkan proses insurans mangsa banjir untuk menuntut bayaran bagi kerugian yang dialami.

Dalam satu kenyataan bersama, PIAM dan MTA memberi jaminan bahawa syarikat insurans dan takaful akan mempercepatkan proses tuntutan bagi pemegang polisi yang diinsuranskan terhadap kerosakan banjir.

“Pertimbangan khas akan diberikan bergantung kepada kes. Pemegang polisi atau sijil dinasihatkan supaya menghubungi pengendali takaful masing-masing untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang skop perlindungan, terma dan syarat termasuk langkah pelepasan yang diberikan oleh pengendali takaful.

“Berikutan bencana banjir yang melanda negara ketika ini, sila rujuk senarai semak untuk memastikan pengendali takaful anda boleh membantu untuk mempercepatkan proses tuntutan,” katanya.

Kenyataan memaklumkan, pemegang polisi perlu memastikan polisi atau sijil dilanjutkan untuk dilindungi daripada kerosakan akibat banjir, seterusnya memaklumkan kepada ejen tentang butiran kerugian.

“Kemudian, berikan maklumat lengkap termasuk semua dokumentasi sokongan yang berkaitan kepada pengendali takaful insurans termasuk gambar jika ada. Langkah terakhir, bergantung kepada kerugian, syarikat insurans boleh melantik penyelaras kerugian bebas untuk membantu memfailkan tuntutan.

“Kami ingin mengingatkan pemegang polisi atau sijil yang tidak terjejas akibat banjir untuk mengambil masa dan menyemak semula liputan insurans mereka bagi memastikan harta dilindungi daripada bencana alam seperti ini,” jelasnya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya