Pesakit Covid-19 perlukan alat bantuan pernafasan kembali meningkat lebih 200 kes - Utusan Malaysia

Pesakit Covid-19 perlukan alat bantuan pernafasan kembali meningkat lebih 200 kes

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia kembali merekodkan jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan melebihi 200 kes apabila mencatatkan sebanyak 215 kes, hari ini berbanding semalam, 198 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagi pesakit yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) merekodkan penurunan kes apabila mencatatkan 391 kes berbanding semalam 400 kes. 

“Malaysia merekodkan sebanyak 1.7 peratus bersamaan 69 kes daripada 4,083 kes harian positif Covid-19 melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

“Bakinya, 4,014 kes bersamaan 98.3 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, bagi kes positif pula, ia menunjukkan penurunan iaitu 4,083 kes berbanding semalam, 4,362 kes sekali gus diatasi pesakit yang sembuh pula, 5,435 kes.

“Sebanyak tiga kluster baharu dicatatkan yang menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,077 kluster. 

“Sebanyak 252 kluster aktif manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 5,825 kluster,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 18 kes berbanding kelmarin, 37 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 6 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 31,044 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak satu daripada 18 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,275 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya