Pemilihan UMNO: Lima kepemimpinan utama akan bincang, buat keputusan - Utusan Malaysia

Pemilihan UMNO: Lima kepemimpinan utama akan bincang, buat keputusan

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Permintaan sayap Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO yang mahukan pemilihan parti itu diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bakal dibincangkan terlebih dahulu oleh kelima-lima kepemimpinan tertinggi UMNO.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, apa sahaja keputusan berhubung perkara berkenaan akan diputuskan selepas perbincangan tersebut diadakan.

“Biarlah kami berlima berbincang, kalau mahu selepas PRU-15, apa yang kita buat mesti menjurus kepada banyak memberi kebaikan kepada parti dan bukannya kepada individu atau kelompok-kelompok tertentu.

“Kami akan lihat baik buruknya terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Rembau 2021 di Bangunan UMNO Seremban, di sini hari ini.

Sebelum ini, Pemuda dan Puteri UMNO dilaporkan menggesa supaya pemilihan parti itu diadakan selepas berlangsungnya PRU-15.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, UMNO Bahagian Rembau telah memutuskan usul untuk mengesa supaya Rang Undang-undang (RUU) berkenaan antilompat parti dibentangkan segera di Parlimen.

“Sudah sampai masanya, kita pastikan supaya diadakan satu RUU agar dapat mencegah orang-orang yang boleh ‘dijual beli’ politik mereka setelah mereka menang dalam pilihan raya umum. 

“Jika sudah menang dalam parti tersebut kekalkanlah, lainlah jika dibuang dari parti, itu lain cerita,” katanya.

Selain itu, Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau berkata, mesyuarat perwakilan tersebut juga sebulat suara memutuskan untuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) bergerak solo pada PRU-15.

Namun menurut beliau, UMNO tidak menutup pintu perbincangan dengan mana-mana parti selepas pilihan raya itu dijalankan.

“Kita mahu menghadapi PRU-15 tanpa sebarang ikatan yang boleh mengekang kita tetapi apa juga perundingan selepas PRU-15 untuk menubuhkan kerajaan atau kestabilan politik boleh dibuat selepas pilihan raya.

“Selepas pilihan raya mesti bukan hanya baik untuk parti tetapi untuk negara. Kalau boleh biarlah parti aau kerajaan yang ditubuhkan selepas PRU-15 yang mendapat majoriti besar supaya kerajaan itu nanti tidak sentiasa diancam dan terpaksa akur serta tunduk kepada apa sahaja tuntutan pihak-pihak tertentu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya