Pas perjalanan My50 mulai 1 Januari 2022 - Utusan Malaysia

Pas perjalanan My50 mulai 1 Januari 2022

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan tawaran pas perjalanan tanpa had bernilai RM50 menggantikan pas RM30 bermula pada 1 Januari 2022.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pas perjalanan tanpa had My30 sebelum ini diperkenalkan kerajaan di bawah skim Pelan Jana a semula Ekonomi Negara – PENJANA) pada Jun 2020.

“Tempoh promosi untuk My30 berakhir pada 31 Disember 2021 dan diganti pas perjalanan My50 sebulan seperti cadangan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat pada 29 Oktober lepas.

“Pengenalan pas perjalanan My50 ini adalah bukti kerajaan amat prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat khususnya dalam keadaan mencabar sekarang selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia,” kata beliau  pada sidang media di ibu negara, semalam.

Menurut beliau, meskipun berlaku peningkatan sebanyak RM20 namun kerajaan masih menampung subsidi sebanyak RM115 juta untuk menampung kos yang ditanggung Prasarana dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam bertaraf dunia. 

“Dulu pernah ada kerajaan bagi RM100, tetapi kita kena ikut kemampuan kewangan di mana Kementerian Kewangan telah memberikan setakat ini RM115 juta. 

“Pelancaran ini dibuat berdasarkan tuntutan yang sudah dinyatakan dalam Belanjawan 2022,” kata beliau. 

Katanya, dengan pengenalan pas My50, pihak kementerian dan Prasarana yakin tahun 2022 akan menyaksikan peningkatan dalam jumlah penumpang, sekali gus perkembangan baik ini akan berterusan dalam mengukuhkan Pelan Pemulihan Negara (PPN). 

Tawaran My50 adalah untuk semua warganegara bagi  perjalanan semua perkhidmatan pengangkutan awam kendalikan Prasarana-LRT, MRT, BRT, Monorel dan bas henti-henti Rapid KL serta bas perantara Jom Naik MRT selama sebulan.

Kemudahan pas My50 turut disediakan di Pulau Pinang untuk penggunaan tanpa had perkhidmatan bas Rapid Penang di bawah label Pas Mutiara. 

Untuk pembelian di Lembah Klang, orang ramai boleh melanggan pas perjalanan My50 di semua stesen LRT, MRT, Monorel, MT-Laluan Sunway, dan Hab-hab Bas Rapid KL terpilih seperti Pasar Tani, Chow Kit, KLCC, Sri Nilam, Puchong Utama, Sunway Pyramid, Greenwood, dan Seksyen 2 Shah Alam. 

Bagi lokasi pembelian di Pulau Pinang, pelanggan boleh membeli di kiosk-kiosk terpilih Rapid Penang-KOMTAR, Weld Quay (Terminal B), Penang Sentral, Bukit Jambil, ibu pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit), Kompleks Dato’ Kailan (Kepala Batas), Balik Pulau dan Bukit Mertajam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya