Pandemik Covid-19 tidak jejas misi Malbatt 850-8 ke Lubnan

Pandemik Covid-19 tidak jejas misi Malbatt 850-8

AFFENDI Buang memakaikan pingat kepada anggota Malbatt 850-8 pada Majlis Perbarisan Pembubaran dan Pemakaian Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (Pingat PNBB) di Padang Kawad Pusasda, Port Dickson, hari ini. - FOTO/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Risiko jangkitan pandemik Covid-19 yang melanda dunia tidak menjejaskan kesiapsiagaan anggota kontinjen Batalion Malaysia (Malbatt) 850-8 ke Lubnan. 

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, kontinjen Malbatt telah menggunakan kaedah tertentu bagi mengurangkan risiko mereka daripada dijangkiti wabak tersebut.

“Sememangnya pergaulan bersama rakan sejawat dan masyarakat tempatan telah membuka ruang untuk mereka dijangkiti virus yang membawa maut ini. 

“Alhamdulillah berkat disiplin tinggi serta pematuhan yang ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) serta pembudayaan amalan norma baharu kontinjen ini telah mengharunginya tanpa sedikitpun menjejaskan kesiapsiagaan keseluruhan kontinjen ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Pembubaran dan Pemakaian Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (Pingat PNBB) kepada Malbatt 850-8 di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), di sini hari ini. 

Menurut beliau, ATM sentiasa memastikan anggotanya mematuhi segala SOP termasuk semasa penugasan di Lubnan. 

“Saya tahu pandemik Covid-19 ini memberi kesan termasuk semasa penugasan luar negara seperti misi Malbatt ini. 

“Apa yang penting perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi penularan pandemik Covid-19. Saya difahamkan ia masih di bawah kawalan dan tidak serius serta tidak menjejaskan kesiapsiagaan anggota misi Malbatt,” katanya. 

Tambah Affendi, setakat ini, kehadiran varian baharu Covid-19 juga memerlukan pelaksanaan kawalan tertentu untuk mengelakkan ia merebak semasa penugasan. 

“Bagaimanapun pada masa yg sama, pandemik Covid-19 telah mempengaruhi cara kami bekerja iaitu secara berkelompok dan kami telah menjalankan cara pencegahan dan rawatan agar virus tersebut tidak tersebar termasuk di kem-kem,” katanya. 

Sementara itu, menurut Affendi, sepanjang misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unifil) di Lubnan, kontinjen Malbatt 850-8 telah berjaya mengawal selia kawasan tanggungjawab terbesar iaitu seluas 288 kilometer persegi serta memantau keselamatan di 48 buah perbandaran di sepanjang kawasan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya