KUALA LUMPUR: Keputusan berhubung penyelesaian isu doktor kontrak melibatkan permohonan lantikan tetap mereka ke dalam Kementerian Kesihatan yang berlarutan sejak lima tahun lalu akan diumumkan minggu depan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, pengumuman tersebut dibuat selepas isu doktor kontrak dibawa kementeriannya ke dalam mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat. “Kementerian Kesihatan sudah berusaha di peringkat tertinggi, sudah bermesyuarat, mengadakan sesi libat urus dan yang terkini sudah membuat bengkel dengan Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Perkara itu akan dibawa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya