MN Kelantan mesyuarat 22 Januari? - Utusan Malaysia

MN Kelantan mesyuarat 22 Januari?

AHMAD Yaakob menyampaikan Bantuan Wang Ihsan Kepada Mangsa Banjir Monsun Timur Laut di Pasir Mas, Kelantan,  hari ini. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Isu kerjasama Pas dan UMNO di negeri ini untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menerusi Muafakat Nasional (MN) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat khas pada 22 Januari ini.

Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya sudah mengemukakan cadangan tarikh itu menerusi satu surat yang dihantar kepada kepada Badan Perhubungan UMNO negeri.

Surat berkenaan, kata beliau, adalah respons pihaknya terhadap permintaan UMNO Kelantan supaya kedua-dua belah pihak bertemu bagi memuktamadkan hala tuju MN di negeri ini menjelang PRU-15.

“Setakat ini kita masih menunggu maklum balas daripada UMNO Kelantan berhubung tarikh tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Waqf Ihsan Kepada Mangsa Banjir Monsun Timur Laut Pasir Mas 2021 di sini hari ini.

Dalam program itu, seramai 152 keluarga dari dua pusat pemindahan sementara PPS di jajahan ini menerima bantuan bagi meringankan beban mereka yang berdepan bencana banjir tahun ini.

Minggu lalu, Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mendedahkan pihaknya sudah mengutus surat kepada Pas Kelantan meminta duduk semeja bagi membincangkan hala tuju MN di negeri ini, khususnya menjelang PRU-15. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya