Mara salur RM6.45j biaya usahawan program PUMP tahun ini - Utusan Malaysia

Mara salur RM6.45j biaya usahawan program PUMP tahun ini

AZIZAH Mohd. Dun (tengah) mendengar penerangan dalam majlis penyampaian pembiayaan kepada usahawan dan merasmikan Outlet Usahawan Automatif Mara-Petronas (PUMP) di Ozi Holding, Bandar Sri Sendayan, di Seremban, hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak RM6.45 juta pembiayaan  disalurkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) tahun ini bagi membantu lapan daripada 29 usahawan terpilih menerusi Program Pembangunan Usahawan Mara-Petronas (PUMP).

 Pengerusi Mara, Datuk Seri Panglima Azizah Mohd. Dun berkata, lapan usahawan membabitkan empat buah negeri iaitu Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor.

“Seramai 29 usahawan terbabit adalah mereka yang terpilih sebagai perintis PUMP, namun hanya lapan mendapat pembiayaan masing-masing.

“Tiga orang daripada mereka sudah beroperasi dan lima orang lagi dalam proses ubah suai bengkel Petronas AutoExpert. Baki 21 orang usahawan lagi akan menerima pembiayaan pada tahun depan membabitkan pembiayaan berjumlah RM10 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian pembiayaan kepada lima usahawan dan merasmikan Outlet Usahawan Automatif Mara-Petronas (PUMP) di Ozi Holding, Bandar Sri Sendayan di sini hari ini. 

 Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan Mara, Datuk Zulfikri Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif, Petronas Lubricant Malaysia Sdn. Bhd., Hardeep Singh.

Sementara itu, Azizah berkata, PUMP adalah inisiatifsejajar dengan usaha kerajaan dalam membangunkan industri automotif negara yang sedang berkembang pesat.

“Ini merupakan kerjasama antara Mara dengan Petronas Dagangan Berhad (PDB) dengan pembukaan beberapa outlet Petronas AutoExpert dan Auto Servis oleh usahawan bumiputera terpilih untuk mengembangkan perniagaan mereka. 

“Usahawan di bawah PUMP ini akan dilengkapi dengan beberapa siri latihan keusahawanan bagi memperkasakan mereka dengan ilmu pengetahuan malah modul latihan ini telah dirangka secara bersama dengan anak syarikat PDB iaitu Petronas Lubricants Marketing Malaysia Sdn. Bhd. (PLMM),” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Mara membelanjakan sebanyak RM450 juta dalam usaha melahirkan seramai 25,000 usahawan tahun ini.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya