Mangsa banjir di Negeri Sembilan terus menurun - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Negeri Sembilan terus menurun

MANGSA banjir yang masih ditempatkan di PPS Kampung Poum, Jelebu, Negeri Sembilan. - UTUSAN/MOHD SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Mangsa banjir di Negeri Sembilan yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)  menurun kepada 128 orang pagi ini berbanding 141 orang petang semalam.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan menerusi maklumat yang dikongsikan memaklumkan, setakat pukul 8 petang tadi kesemua mereka daripada 37 buah keluarga itu masih ditempatkan di tiga buah PPS yang masih beroperasi di daerah Jelebu.

“Jumlah mangsa tertinggi kini berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Undang Abdullah iaitu seramai 64 orang daripada 15 buah keluarga.

“Di PPS Balai Raya Kampung Puom sejak dibuka pada 19 Disember lalu, ia masih lagi menempatkan seramai 33 orang mangsa banjir daripada 11 buah keluarga dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Triang Hilir kini menempatkan seramai 31 orang daripada 11 buah keluarga,” katanya hari ini.

Sementara itu tambah maklumat tersebut, sejak bencana banjir melanda di negeri ini baru-baru ini, seramai 792 mangsa banjir daripada 194 buah keluarga telah ditempatkan di 19 buah PPS yang dibuka di enam buah daerah di negeri ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya