Mangsa banjir di Kelantan meningkat - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Kelantan meningkat

KEADAAN sekitar Guchil 7 di Kuala Krai, Kelantan yang kini ditenggelami air banjir selepas hujan berterusan sejak dua hari lalu. - UTUSAN/BAHRUDDIN HATTA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Banjir memburuk di empat jajahan di Kelantan apabila 23 pusat pemindahan sementara (PPS) telah diaktifkan setakat ini dengan jumlah mangsa bertambah seramai 1,412 orang.

Menurut aplikasi InfoBanjirJKM, Gua Musang merekodkan mangsa banjir tertinggi dengan 891 mangsa ditempatkan di empat PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Chiku 7, SK Limau Kasturi, SMK Tengku Indera Petra 1 dan SK Star.

Di Kuala Krai, 12 PPS dibuka menempatkan 394 mangsa manakala di Tanah Merah empat PPS dibuka bagi menempatkan 79 mangsa, diikuti Jeli 66 mangsa di dua PPS dan Pasir Mas 33 mangsa di sebuah PPS.

Sementara itu, bacaan terkini dipaparkan infobanjir.water.gov.my merekodkan hampir semua sungai utama menunjukkan trend peningkatan, ekoran hujan lebat di kawasan hulu negeri sejak dua hari lalu.

Antara sungai utama yang kini melepasi paras bahaya ialah Sungai Lebir di Gua Musang, Sungai Kelantan di Tanah Merah dan Kuala Krai serta Sungai Golok di Tanah Merah dan Pasir Mas.

Sehubungan itu, orang ramai yang tinggal di kawasan rendah dan pinggir sungai dinasihatkan supaya berjaga-jaga dan membuat persiapan untuk berpindah bagi mengelak kejadian tidak diingini. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya